Tuesday, June 22, 2010

istiqomah diri

Hadith : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”

Riwayat Ahmad

Huraian
1. Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T.
2. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya.
3. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Sempurnakah Sujudku??

Dari Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur).”

Huraian
Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah dari hati. Ulama’ mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT. Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was- was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian yang lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya. Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan bersujud boleh mengelak dari penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui bahawa terdapat beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah yang paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dahulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota yang disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang yang sedang solat iaitu sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW.

nasib ataupun rahmat?-Diariku

Alhamdulillah..syukur ke hadrat illahi.aq mc dapat meneruskan perjuangan dalam perjalanan sebagai seorang pelajar.harmat Allah S.W.T yang amat besar ke atas aq membuka minda dan menyedarkan diri ini untuk sujud dan bersyukur kepadaNYA.
selama tempoh pengajian ini,aq xpernah terasa seperti menghargai peluang belajar yang aq dapat..tp bila msk sem4,barulah aq sedar dan menyesal.peluang selama ini aq dapat aq xusahakan sepenuhnya..hanya hayalan ingin berjaya berada difikiran tanpa usaha. Disebabkan result sem3 aq teruk,sem4 adalah sem penentu kepada aq adakah mc bertahan atau tidak..walaupun aq telah tersedar pada awal sem lepas..dan usaha yang lebih telah aq lakukan. ini tidak membantu meyakinkan diri aq untuk dapat meneruskan perjalanan ini..hehe..malu+kecewa terhadap diri aq..2sem aq mdapat result y teruk.. tp alhamdulillah...Allah maha berkuasa..mmg benarlah..tawakal kepada Allah dan sabar terhadap ujianNYA, insyallah kita akan dapat..

Debaran ku bermula selepas aq mendapat kabar result exam sudah keluar. kebetulan pada hari kemarin aq berpuasa sunat..entah aq xtaw np aq boleh teringin puasa pada hari tu.. :) aq pernah terdengar kin dalam Tv(ala..yg hadis2 lw msk tym waktu solat 2).."disunatkan km berpuasa dibulan rejab"....aq anggap ini sebagai rahmat jg lah..kerna,selepas berbuka...kabar ttg result 2 pun dtg..tp aq xterus p cek result kt internet..aq tunaikan dl solat maghrib..tym berdoa..aq berdoakan dikuatkan diri untuk menghadapi semua kemungkinan result y akan aq dapat..dan andai aq kecundang dr tempat ini..aq mohon allah tabahkan diri ini dan ampunkan dosa2 aq..dosa melalaikan ibadat untuk menuntut ilmu..tym solat 2..aq btl2 berdebar..tp aq langsung xmenangis..kin aq taw..inilah balasan yg aq dapat dengan usaha aq yg xseberapa..jd aq berfikiran +ve untuk menenangkan diri aq sendiri..di fikiran aq pd masa 2..andai aq tkeluar dr sini..aq xkan stop..aq akan truskan mencari peluang..SPA terus berada dfikiran aq..walaupun aq tahu..bukan aq sahaja yg malu..tp andai i2 trjadi..family aq jg trasa kesanya..

Selesai solat..ketika menunggu notebok aq loding on..aq bfikir..andai apa yg aq fikirkan trjadi..aq akan terus hubungi bapaku dan memberitahu hal sebenarnya..kerna aq betul2 takut.kerna msk sem4 bapaku telah menyakan ttg result aq..dpt kah aq perbaiki..lw x..baik awal2 tukar kos(p kos bkn aliran ku)..ini dsebabkan bapaku tahu ttg penahanan PTPTN ku 2sem sbgai denda resultku sblm ini teruk..setelah aq kuatkan diri tuk menghadapi apa2 kemungkinan i2..satu per satu website tuk ke bhgian result aq msk dgn perlahan2 sambil berdoa dalam hati..klik y terakhir aq xtekan terus..aq tertunduk seketika..menarik nafas..ya allah kuatkan lah diri ku..akhirnya alhamdulillah..berkat rahmat allah..aq dengan tidak percaya apa y aq lihat d paparan skrin notebok..mataku terus memfokuskan kearah kanan bwh skrin..kerna kt sn terletaknya perkataan "LULUS DAN MENERUSKAN PENGAJIAN"...ayat yang sangat aq perlukan tanpa melihat kepada PNGS n PNGK tym 2..aq betul2 gembira n pada masa i2 jg aq menangis..aq trus sujud syukur..dan xputus mengucapkan Alhamdulillah..aq terus solat sunat 2rakaat..kerna kegembiraan i2..aq lupa pd debaran i2..tp ini kali pertama aq gembira sambil menitiskan air mata..selesai solat baruku meneliti kembali paparan resultku..kerna inginku pastikan aq tidak tersalah pandang..Alhamdulillah..memang apa y ku lihat betull..berkat Allah..result sem4 aq menolong aq back up result 2sem n sekaligus mengubah keputusan PNGK aq..sebelum ni PNGK ku umpama telur dihujung2 tanduk..tp berkat Allah..ini bukan nasib y aq mengubahnya dengan usaha aq shj..tp ini takdir allah..Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana mc memberi peluang kepada ku untuk mghargai kepada peluang ini..

Kegembiraan ini membuatkan aq menghubungi bapa ku..n memberitahu khabar ini..buat selama ini..ini kali pertama aq menghubungi orang tuaku kerna memberi suatu khabar y mengimbirakan..benda yang aq xsangka berlaku dan membuatkan aq tekad..terlintas dihatiku utk berubah menjadi hambanya y taat..berubah demi Allah yang telah memberikan rahmatnya kepada aq..ini bukanlah nasib yang menyebelahi aq..tp ini adalah rahmat..dgn istiqomah bribadat kpdnya Insyallah..Allah akan menolong kita..

Friday, June 4, 2010

Aku Insan Biasa...


Ya Allah betapa lemahnya hambamu ini Ya Allah...
Aku sering saja tewas melawan hasutan syaitan yang senantiasa menghasut anak cucu adam untuk membuat kejahatan dam kemaksiatan di muka bumi mu ini

Ya Allah...Bagaimana untuk aku istiqomah mengikut segala perintahMu. Sunggguh kerdil aku rasa, sungguh hina kurasa... Aku insan biasa bukanlah alasan untuk aku terus hanyut dalam dunia yang penuh kepalsuan.

Ya Allah kurniakanlah aku hidayah Mu Ya Allah...Itulah nikmat yang paling berharga. Aku yakin dengan janji Mu...Kau Tuhan Maha Pengasih Maha Pengampun.

"Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari tuhannya, lalu Dia pun memberikan taubatnya. Sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang" Al-Baqoroh:37

Sungguh, janganlah kamu berputus asa untuk kembali ke jalanNya, kembalilah selagi kamu masih mampu melihat warna dunia, taubatlah selagi kamu masih bisa mendengar kicauan burung dan pulang pada jalannya selagi kamu masih menghirup udara percuma anugerahNya... Allah Maha Pengampun...

Insyaallah aku akan sentiasa istiqomah dalam mencari redhomu...-aku insan biasa